Konco-konco !

Saturday, August 27

Ada orang tanya aku pasal raya

Semangat nak raya dah datang ! dah datang ! Todiaaaa. Orang dekat luar macam semut. Kalau p jalan TAR mahu berpeluh dua baldi. Aku pegi 3 hari kot. Tak nak kalah. 6 baldi peluh dapat. *apa pengotor sangat nih*

Post ni terhasil akibat dari main Tag-Tag ni. Aku secara sengaja dan berniat telah di tag oleh Khairull-dean. hehe. Mekasih. Nanti tag lagi naaa ;)

ok, so aku perlu menjawab beberapa soalan.
  1. Baju raya tahun ini bertemakan apa? Aku pakai wane merah hati & biru ke apa tah.. aku tak pandai nak mengklasifikasikan warna apakah itu. kah kah. Maap
  2. Lokasi pertama anda kunjungi untuk beraya? Lepas balik masjid. Selalu kami ke rumah atuk nenek pakcik makcik dekat dalam kampung aku. 
  3. Makanan kegemaran anda di pagi raya? Errr..err..lauk pauk yg biasa kita makan time raya. Yg tu laa. Lemang ketupat, rendang etc.
  4. Lagu raya yang paling menyentuh hati? Hurm, menyentuh hati eh? Entah aku rasa lagu raya kalau dengar rasa nak joget ada laa. Muahaha
  5. Berapa rumah anda akan kunjungi di pagi raya pertama? Bergantung pada kemampuan perut untuk menyumbat makanan !!
  6. Berapa pasang baju raya anda? Aku setakat 2 pasang je. Tak beragak pulak kalau 10 sepasang ye dak?
  7.  Adakah anda seorang perantau? Seharusnya, Dah 5 tahun menjadi perantau. Perantau dinegara sendiri. Mudah-mudahan ada rezeki, kot boleh jadi perantau dinegara orang lain. Tak sambung belajar, ikut laki ke kan. Hahaha. *Ok, sila berhenti berangan* Boleh buat ucapan raya dari perantauan tempek dekat paper. Pergh, cita-cita besar.
  8. Di pagi raya, part mana anda paling sedih? Part dengar takbir pastu salam-salam cium pipi tangan dengan family sedara mara atuk nenek. Haa. Sobbbbsss, Tapi dah dapat duit raya, melompat sekejap. Tapi tahun ni ada ke yg sudi nak bagi aku. Sobss manyak-manyak~
  9. Menu dipagi raya di rumah anda? Err. yg ni aku KIV dulu boleh?? tunggu mak aku masak dulu. heh
  10. Kampung ibu/ayah anda akan balik? Ibu! Ibu! Terbaik raya dekat kampung ! Belah ayah aku dah tak ada kampung. Sobsss sekali lagik. Ada pn kat KL, Suasana kampung sangat best !
Esok balik kampung!

Ok, dah setel soklan ! Kek dah setel, nak buat kuih pulak ! Yehaa.

Eh, aku terlupa, kene tag 5 orang. Memandangkan seperti kebiasaan aku jarang mengtag orang, makanya..sesape yg terbaca entry ini, anda automatically ditag! kah kah


13 comments:

AzatLazat said...

semangat raya benor
puasa pon belum habis
ntah penuh ke idak
:P

Anak Pak Amran & Makcik Hasmah said...

Azatlazat: hahaha.soklan maut punye. Cehhh...tahulah penuh ! Grr

Khairull-Dean said...

hahaha... nape x da org warna hitam tahun nie.. Thanks ea... :D

Anak Pak Amran & Makcik Hasmah said...

khairull-Dean: haha. ada punya yg pakai wane hitam ! Ur welcome ;)

bukanretis said...

Berapa rumah anda akan kunjungi di pagi raya pertama?
bergntung pd perut eh?...20buah aku rse..lalala~~

Anak Pak Amran & Makcik Hasmah said...

aku: haha. itu perut ke tong tu wehh. adoi ;)

kura said...

6 baldi peluh? kurus la ni? ke lepas berbuka buncit balik? Eheh! hahaha..

amboi. nk beraya tak nak kalah.. sakan! :0

Anak Pak Amran & Makcik Hasmah said...

kura: haha. Grr, 6 baldi. ko nak buat mandi ke? Nanti aku kirim ! haha

Aku buncit kat perot, kau tu buncit dekat belakang, keras pulak tuhh. isk isk.

Anonymous said...

selamat hari raya.. jangan raya depan tv ye.. ahakss.. ^^

Anak Pak Amran & Makcik Hasmah said...

Cik gee: hehe. Selamat hari raya jugak! ;)

Taklah, raya belakang tv je. kah kah

Nizam Ijam said...

jom kita beraya :D

Anak Pak Amran & Makcik Hasmah said...

Nizam Ijam: Jommm! Jemput datang rumah :)

kura said...

itu bukan buncit. itu bonggol yg HENSEM. Eh! hahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...