Assalammualaikum blogger-blogger sekalian alam.
Wah. Dah hari Jumaat. Cepat benau masa berlalu. Aku berkobar-kobar-kobar nak raya, tapi tak berkobar-tak berkobar-tak berkobar nak balik U, memikirkan FYP & assignment yg SIKIT sgt tuhhh ! Sekian. haha
Mari mencari pahala ! yeah, itu tajuk entry saya pada hari Jumaat nan indah ini.
Begini, sebelum ni ada satu group yang ajak aku join program dorang untuk mengajar anak-anak yatim. Ni pun secara tak sengaja, Dari blog jugak. Banyak mende kita tahu melalui blog ni kan?? kih kih. Tapi, itu pun kalau korang baca lah entry blogger lain, kalau korang nengok TAJUK je. err. apakah? apakah?
Hasrat di hati memang nak join dorang. Tapi program dekat KL. Den sekarang betapa di bumi lain. Makanya tak dapat nak join mereka. Sadiss
So, disebabkan tak boleh nak join, kita try tolong cara lain lah kan.
Korang boleh klik dekat sini untuk lebih jelas-->Jom berikan senyuman.
Link ini pulak group dekat Fesbook, bolehlah ringan tangan LIKE kalau nak--->Sukarelawan 1000 senyuman
Dekat dalam group tu nanti dorang akan update apa-apa aktiviti yg dorang nak buat dengan anak-anak yatim/fakir miskin. Kalau korang berpeluang bolehlah join mereka-mereka ini. Seronok kan? dapat tolong orang yg memerlukan.
Sekarang ni dorang tengah cari sponsor baju raya untuk anak yatim piatu/fakir miskin. Sepasang baju
RM 40.00 sahaja. Kalau seorang sponsor sepasang, kalau ramai-ramai jadilah banyak kan??
Mengenai sponsor baju raya untuk anak yatim piatu/fakir miskin boleh lah klik Sehelaibaju.com.
Ok, tu je la kot. Menyebarkan kepada orang lain atau membuat entry mengenai ini pun satu pahala kan?
Marilah menderma, tangan yg memberi kan lebih baik dari menerima ;)
Mudah-mudahan amal yg sedikit ini membantu di akhirat kelak. Insyaallah
Salam Jumaat !
2 comments:
amboir. semangat mcm saya nk raya! haha..
woo. betul betul, buat entry pasal ni pun dpt pahala ape :)
kura: hahaha. semangat tu kene ada apa!
aah. buat lah :P
Post a Comment